Tuesday, December 27, 2011
HANYA MEREKA YANG WINNABLE SAHAJA
KUALA LUMPUR, 27 Dis --- Peribahasa Melayu memang terkenal membawa makna yang mendalam. Kadang-kadang ia menjadi satu sindiran tajam dan pedas, kadang-kadang ia berupa nasihat dan teguran. Peribahasa Melayu adalah lambang kematangan hidup masyarakat Melayu.
Sekarang masyarakat tidak lagi menggunakan peribahasa, tetapi mereka bertelagah di tengah jalan, memekik telolong.
Beberapa minggu kebelakangan ini, peribahasa Melayu "memikul biawak hidup" menjadi topik perbualan di kalangan orang politik tempatan.
Datuk Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras, menggunakan bidalan itu untuk menggambarkan kesulitan yang dihadapi UMNO mengenai persoalan berhubung kontroversi menyelubungi Perbadanan Feedlot Negara kerana penerajunya mempunyai pertalian dengan seorang pemimpin UMNO pusat.
Bukannya sukar untuk menduga kenapa Syed Ali menggunakan peribahasa itu kerana malahan dalam kehidupan sebenar, bukannya mudah untuk memikul biawak hidup yang pasti akan mengundang bahaya.
Biawak apabila terkepung atau berasa tersepit, akan menggigit.
Syed Ali mahu UMNO bebas daripada sebarang bebanan apabila ia "bertarung" untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya umum akan datang.
Beliau bimbang tindakan sesetengah anggota Umno boleh menjejaskan atau menjadi liabiliti kepada parti.
Pemilihan calun kali ini akan dilihat samada termasuk dalam katogeri winnable candidates.
Jadi senanglah bagi PM memilih calun kali ini. Kalau pun yang ada kuat mengampu tetapi tak "fit the criteria" , sayonara untuk mereka.
Dalam kes NFC, nilai sendirilah .Kali ini ahli UMNO kena betul-betul meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan diri sendiri. KLReport
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment