Sunday, January 1, 2012
DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, MENTERI PERTAHANAN, MP BAGAN DATOK , NAIB PRESIDEN UMNO - ANWAR SELALU TUDUH ORG LAIN BERBOHONG .
WINNABLE CANDIDATE ?
Ahmad Zahid Hamidi (born January 14, 1953 in Bagan Datoh) is a Malaysian politician and is currently the Minister for Defence in the Barisan Nasional coalition government of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and the Member of the Parliament of Malaysia for the Bagan Datok constituency in Perak. He is a member of the United Malays National Organisation (UMNO).
Early in his political career, Zahid was a Senator and chairman of Bank Simpanan Nasional before becoming the head of UMNO's youth wing.In 1998, Zahid spoke out against then Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad, calling for an end to cronyism and nepotism in the Malaysian government. Zahid , seen as an ally of deposed Deputy Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, was subsequently arrested and held in prison under the Internal Security Act.However, in 1999, Zahid was welcomed back into the UMNO fold,stating that Anwar had put him up to raising allegations of cronyism and nepotism and alleging that Anwar had used his position as Finance Minister to direct business opportunities to Zahid.
After the 2004 election, Zahid became a Deputy Minister in the government of Tun Abdullah Ahmad Badawi.[8] While a Deputy Minister, Zahid studied for and was conferred the degree of Doctor of Philosophy from Universiti Putra Malaysia.[9]
After the 2008 election, Zahid became a Minister in the Prime Minister's Department. He was appointed as Minister for Defence in April 2009.
Zahid on Anwar
Menuduh sesuatu perkara itu sebagai satu pembohongan adalah perkara biasa kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar akan mencuba apa sahaja untuk memanupulasikan apa jua fakta membabitkan dirinya untuk mendapatkan perhatian.
“Biasalah dia buat begitu, beliau akan buat apa sahaja untuk kepentingan dirinya, Tun Mahathir telah beri peluang kepadanya untuk bercakap pada malam itu, sama juga ahli-ahli Majlis Tetinggi yang lain.
“Anwar diberi peluang oleh Tun Mahathir untuk berucap dan saya saksi dan Anwar telah menjelaskan perkara itu kepada semua Ahli Majlis Tertinggi, beliau antara yang paling panjang berucap atau bercakap pada malam itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Anwar bahawa apa yang ditulis dalam buku berjudul A Doctor In The House suatu pembohongan adalah tidak benar dan berniat jahat.
Dalam dakwaannya, Anwar mengatakan beliau tidak diberi peluang secukupnya untuk menjelaskan perkara itu dalam mesyuarat majlis tertinggi berkenaan yang membincangkan mengenai salah lakunya sehingga menyebabkan dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.
Ketika mesyuarat berkenaan pada 1998 bagi membincangkan kes salah laku Anwar, Ahmad Zahid adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid berkata, apa yang ditulis oleh Mahathir dalam buku berkenaan adalah benar dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku dan tidak berlaku tokok tambah berhubung perkara itu.
Menurutnya, mesyuarat itu bukan hanya dihadiri antara Anwar dengan Mahathir sahaja tetapi turut dihadiri oleh semua ahli majlis tertingggi termasuk naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap.
Tegasnya, jika ada salah laporan dalam tulisan dalam buku berkenaan, sudah pasti ada di kalangan ahli majlis tertinggi yang hadir pada malam itu akan menyuarakan ketidak benaran mengenai apa yang dilaporkan.
“Saya pasti semua yang hadir dalam mesyuarat itu diberi peluang untuk bercakap termasuk saya sendiri, Anwar juga bercakap dengan panjang lebar dan didengari oleh semua yang hadir,” katanya.
Ahmad Zahid berkata, tidak mungkin Mahathir berbohong tetapi kalau Anwar membuat pembohongan adalah perkara biasa kerana dia sering melakukan perbuatan sebegitu. -MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment