Sunday, January 1, 2012

DATUK WIRA ABU SEMAN YUSOF, MP MASJID TANAH, TIMB MENTERI DALAM NEGERI - PENGUNDI BUKAN MELAYU AKAN KEMBALI SOKONG BN .


WINNABLE CANDIDATE ?
Datuk Wira Abu Seman Yusop dilahirkan pada 10 Januari 1944 di Masjid Tanah, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Beringin, Masjid Tanah pada tahun 1950 sebelum melanjutkan pelajaran di Masjid Tanah English School pada tahun 1955. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Gajah Berang Secondary English School pada tahun 1958. Semasa menuntut di sekolah ini, beliau bergrak cergas dalam hamper semua kegiatan sekolah yang meliputi bidang sukan dan pasukan beruniform. Beliau juga ialah Penolong Ketua Pengawas di sekolahnya
Kerjaya beliau bermula sebagai Inspektor Pelatih di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dari Jun 1964 hingga Mac 1965.
Setelah tamat latihan, Datuk Wira Abu Seman telah dilantik sebagai Inspektor Polis dan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Penyiasat di beberapa Pejabat Polis Daerah di Terengganu sebelum ke Perak dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Peronda Jalanraya Negeri Perak. Pada Disember 1968, beliau telah dipinjamkan ke Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai Pegawai Penyiasat sebelum diserap ke dalam Perkhidmatan Biro Siasatan Negara (BSN) dengan jawatan yang sama.
Pada September 1974, beliau kemudiannya telah mengikuti kursus undang-undang di Middle Temple, London, England dan lulus dengan Ijazah Undang-Undang "Barrister-At-Law" dalam tahun 1977. Setelah kembali semula ke tanahair beliau meneruskan perkhidmatan di Jabatan Biro Siasatan Negara (kini ditukarkan kembali kepada BPR) sebagai Pegawai Pendakwa. Pada Jun 1978, beliau telah berpindah ke Jabatan Peguam Negara Malaysia dan memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Penolong Penasihat Undang-Undang Jabatan Kastam DiRaja Malaysia sehingga bulan Oktober 1981.
Datuk Wira Abu Seman telah meletakan jawatan sebagai pegawai kerajaan pada Oktober 1981 bagi menyertai Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MISC) sebagai Pegawai Eksekutif Kanan Perundangan sehingga bulan Januari 1983. Beliau seterusnya telah menganggotai firma Tetuan Sng Mattew & Abu Seman sehingga April 1984. Berkat pengalaman yang ditimba selama berkhidmat di firma tersebut, beliau akhirnya membuka firma guamannya sendiri iaitu Tetuan Abu Seman & Co sehingga beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Keselamatan Dalam Negeri selama 2 1/2 tahun mulai 31 Mac 2004 sehingga 16 Februari 2006. Pada 17 Februari 2006 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 10 Mac 2008. Kini, mulai dari 19 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama 4 tahun dari 3 April 2000 hingga 2 April 2004.
Datuk Wira Abu Seman mula berkecimpung di dalam arena politik pada tahun 1978 sebagai ahli UMNO biasa Cawangan Paya Rumput, Masjid Tanah, Melaka. Ketokohan dan ilmu pengetahuan beliau telah mendapat perhatian apabila beliau telah dipilih sebagai Ketua Penerangan UMNO Cawangan Paya Rumput mulai Februari 1985 sehingga beliau dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Cawagan pada Mac 2002. Seterusnya beliau dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Alor Gajah mulai Mei 1987 hingga Oktober 1993. Pada bulan Oktober 1993 pula, beliau menyandang jawatan Bendahari UMNO Bahagian Alor Gajah sehingga 22 Mac 1998. Bintangnya semakin menyinar apabila dipilih sebagai Ketua Bahagian UMNO Alor Gajah (mulai Januari 2004 dikenali sebagai UMNO Bahagian Masjid Tanah) mulai 22 Mac 1998 sehingga kini. Pada 18 April tahun yang sama, beliau telah dilantik Bendahari UMNO Perhubungan Negeri Melaka. Pada 27 Oktober 2004, beliau menjawat jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sehingga kini.
Datuk Wira Abu Seman pertama kali bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 9 pada tahun 1995 dan memenangi kerusi Parlimen Alor Gajah dengan memperolehi 29,652 undi mengalahkan Omar Bin Baba dari PAS yang memperolehi 4,556 undi dengan majoriti undi yang besar sebanyak 25,096 undi. Dalam Pilihanraya Umum ke 10 pada 1999 beliau sekali lagi memenangi Parlimen Alor Gajah dengan majoriti 12,332 undi mengalahkan Ab Ghani Ab Rahman dari PAS yang mendapat undi sebanyak 12,283 berbanding Datuk Wira Abu Seman yang mendapat 24,615 undi.
Dalam Pilihanraya ke 11 pada tahun 2004 pula, beliau telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah, iaitu kawasan baru yang diwujudkan lantaran dari persempadanan semula dengan majoriti besar 18,399 undi. Beliau telah menewaskan Muhammad Burok dari PAS dengan memperolehi 24,188 undi berbanding 5,789 undi.
Pada Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini, iaitu pada 8 Mac 2008 beliau sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen Masjid Tanah dan telah berjaya memperolehi 21,582 undi dengan majoriti sebanyak 12,285 undi mengalahkan Ab Ghani Ab Rahman dari PAS yang memperolehi undi sebanyak 9,297 undi.
Datuk Wira Abu Seman telah mendirikan rumahtangga pada 21 April 1972 dengan Datin Wira Rahimi Yeop dan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Abu Azrine dan Abu Erwann. Kerjaya isterinya sebelum ini adalah seorang jururawat tetapi kerana prihatin terhadap masa depan anak-anak, beliau bersara secara pilihan mulai Julai 1989
Diantara sumbangannya, Datuk Wira Abu Seman telah dianugerahkan beberapa Darjah Kebesaran seperti Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira ada tahun 1998, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1994, Kesatria Mangku Negara (KMN) Pada tahun 1998, Jaksa Pendamai (JP) pada tahun 1992 dan Bintang Khidmat Terpuji (BKT) pada tahun 1987.

Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop yakin bahawa Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan Masjid Tanah pada pilihan raya akan datang.
Keyakinan itu adalah berdasarkan kajian yang telah dilakukan berikutan peningkatan bukan sahaja pendaftaran pengundi baru malah sokongan pengundi bukan Melayu.
“Walaupun begitu, saya tidak sesekali memandang remeh persediaan menghadapi PRU 13 . Di peringkat bahagian, kita telah pun membuat pelbagai aktiviti dalam usaha mendekati rakyat sebagai persediaan. Saya sendiri sentiasa turun padang menyelami jiwa masyarakat setempat bagi mengetahui kehendak rakyat,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan, UMNO Masjid Tanah sentiasa melipat ganda usaha meraih undi masyarakat bagi memastikan kesemua DUN di Masid Tanah terus dikuasai oleh BN.
Menurutnya, ketika PRU lalu peratus pengundi Cina dan India sedikit menurun kerana beberapa isu ketika itu, namun setelah usaha gigih dijalankan terdapat peningkatan.
“Berdasarkan jumlah pengundi Melayu sebanyak 70 peratus dari jumlah keseluruhan dan 30 peratus membabitkan pengundi lain, saya yakin jumlah pengundi bangsa lain akan kembali kepada BN,” katanya.
Beliau berkata, dalam usaha merealisasikannya, pelbagai program kesedaran dan penambahan pengundi baru dilaksanakan secara berterusan.
“Setiap kali program dijalankan, sudah pasti kaunter pendaftaran pengundi dan ahli baru turut dibuka dan mendapat sambutan daripada pengunjung.
“Pada 8 Januari ini, satu program Juara Rakyat peringkat bahagian akan diadakan dengan tema Kemahiran dan Kerjaya,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment