Sunday, January 1, 2012

DATO ' SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK, MP KEMAMAN, MENTERI BELIA DAN SUKAN - PAS RETAK MENANTI BELAH .


WINNABLE CANDIDATE ?
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek is a Malaysian politician. He is the Minister of Youth and Sports in the Barisan Nasional coalition government, and sits in Parliament as the member for Kemaman, Terengganu. He represents the United Malays National Organisation (UMNO).
After the 2008 general election which saw the incumbent Information Minister Tan Sri Zainuddin Maidin lose his parliamentary seat, then Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi appointed Ahmad Shabery as Information Minister in his reshuffled Cabinet.[2] When he was in this position, he joint in a debate against the opposition de-facto leader Dato' Seri Anwar Ibrahim which was broadcasted live across the country. In April 2009, current Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak appointed him as the Minister for Youth and Sports. [3] He had previously served as Parliamentary Secretary in the Foreign Ministry.[4][5] As Minister of Youth and Sports YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek did several changes to the "concept" in organizing the Ministries programms including in Hari Belia Negara 2010, which saw a very huge turnout of youth. With tagline of "Seribu Peluang, Sejuta Keriangan" more than 250,000 youth gather in Putrajaya and joint 88 different programs and activities conducted by various youth organization.
Shabery Cheek on PAS.
Perkembangan terbaru yang berlaku dalam Pas kebelakangan ini boleh diibaratkan seperti ‘retak menanti belah’ dalam hubungan mereka bersama DAP di pakatan pembangkang.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Chik, berkata Pas kini terpaksa kembali kepada perjuangan asal mereka iaitu kepada perjuangan negara Islam untuk meraih sokongan di kalangan pengundi Melayu.
“Dari tahun 80an, Pas cuba dapatkan undi bukan Melayu, sehingga mereka sanggup tukar perjuangan mereka daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.
“Mereka terpaksa kendurkan idealogi mereka hanya untuk dapatkan undi bukan Melayu sehingga menyebabkan terpaksa kendurkan perjuangan asal penubuhan parti itu.
“Mereka menikmati hasilnya pada pilihan raya 2008, tetapi kini terasa tekanannya apabila kehilangan sokongan daripada penyokong setia kepada perjuangan asal,” katanya kepada UMNO-Online di sini.
Menurutnya, dengan perubahan yang dilakukan itu, penyokong mereka melihat parti itu kini bagaikan tunduk kepada apa sahaja kemahuan DAP sehingga terpaksa mengorbankan perjuangan parti hanya untuk kepentingan politik.
“Penyokong mereka kabur dan tidak tahu apakah sebenarnya perjuangan, mereka merasakan perjuangan mereka kini longgar sebab itu mereka terbahag dua.
“Kita lihat kumpulan muda masih inginkan kepada perjuangan asal, tetapi kumpulan pemimpin lama nampaknya lebih kepada kepentingan politik kerana khuatir akan hilang nikmati yang dirasainya sekarang. Sebab itu mereka terpaksa bersama DAP dan PKR, hanya untuk kepentingan sendiri,” katanya.
Perubahan yang berlaku pada Pas sekarang juga tambah beliau lagi menyebabkan orang Melayu yang cuba mendekati parti itu melihat bahawa parti itu tidak mempunyai perjuangan sebenarnya dan dilihat lebih condong mengikut rentak sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.
Shabery berkata, berikutan itu Pas dilihat cuba kembali kepada perjuangan asal mereka untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu yang menjadi penyokong kuat mereka.
Berikutan perubahan yang cuba dilakukan oleh Pas itu telah menyebabkan timbulnya permasalahan dengan sekutu mereka iaitu DAP sehingga memberi kata dua kepada Pas dalam hubungan di dalam pakatan pembangkang.
Keadaan yang berlaku tidak membawa perubahan sokongan kepada DAP sebaliknya akan memberi kesan kepada Pas dalam pilihan raya akan datang dan PKR dilihat kabur dalam perjuangan mereka. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment